Tuesday 3 January 2012

Wanita

Assalamualaikum dan hai..
Tujuan aku hari ni bukan nak membebel tak tentu pasal. Hihi. Aku nak share lirik lagu yang buat aku rasa tabik kat insan yang bergelar wanita.
ce tengok..
Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan 


 Touching kan ? Hihi.


Sejak azali lagi kita dah tau yang kaum hawa ni adalah kaum yang lemah. Okey, memang pun. Disebalik kelemahan mereka, ada terselit keberanian dalam jiwa mereka. Tengok la sekarang, ada yang hebat dari lelaki. Ada yang dah jadi askar, polis, dan macam2 laa. Pendek kata semua kerja yang laki boleh buat mereka pun boleh buat. Yang paling aku tertarik bila tengok kat IPTA2 sekarang. Wanita banyak dari lelaki. So, Tak hairan la kalau suatu hari nanti wanita boleh mentadbir negara kita kan. Sapa tau. Hihi. Lagi satu, Kalau takdak kaum wanita ni aku rasa lelaki dah tak semangat jadi lelaki sejati. Hihi. Adam pun sunyi kalau takdak hawa. So, appreciate la kaum wanita. Didik wanita, terdidik generasi. Hahaha.






 




Macam lari topik ja gambaq2 ni =.="
Hihi


Tak kisah ahhh.



Kbai :)

No comments:

Post a Comment