Tuesday, 3 January 2012

Wanita

Assalamualaikum dan hai..
Tujuan aku hari ni bukan nak membebel tak tentu pasal. Hihi. Aku nak share lirik lagu yang buat aku rasa tabik kat insan yang bergelar wanita.
ce tengok..
Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan 


 Touching kan ? Hihi.


Sejak azali lagi kita dah tau yang kaum hawa ni adalah kaum yang lemah. Okey, memang pun. Disebalik kelemahan mereka, ada terselit keberanian dalam jiwa mereka. Tengok la sekarang, ada yang hebat dari lelaki. Ada yang dah jadi askar, polis, dan macam2 laa. Pendek kata semua kerja yang laki boleh buat mereka pun boleh buat. Yang paling aku tertarik bila tengok kat IPTA2 sekarang. Wanita banyak dari lelaki. So, Tak hairan la kalau suatu hari nanti wanita boleh mentadbir negara kita kan. Sapa tau. Hihi. Lagi satu, Kalau takdak kaum wanita ni aku rasa lelaki dah tak semangat jadi lelaki sejati. Hihi. Adam pun sunyi kalau takdak hawa. So, appreciate la kaum wanita. Didik wanita, terdidik generasi. Hahaha.






 




Macam lari topik ja gambaq2 ni =.="
Hihi


Tak kisah ahhh.



Kbai :)

Saturday, 24 December 2011

Kejujuran

Assalamualaikum dan Hai..


Hari ni aku nak cerita sikit pasai Kejujuran. Okey, jujur ni terbahagi kepada 3 perkara. Yang aku tau, jujur dalam kemahuan, jujur dalam tindakan dan jujur dalam cara pertuturan(mengumpat).Hihi

Contoh:


Situasi A: Kemahuan

Si anak : Hai mama ! Wat pe ?

Si emak : Ehhhh budak ni ! Dah kau nampak mama kat depan tv ni takkan laa tengah basuh kain ?!

Si anak : Hehe. Okey. Saye nak tanye sikit bole ?

Si emak : Apenye ?!

Si anak : Kalau mak nak cari menantu, mak nak cari pumpuan yang macam mane ?

Si emak : Mak tak memilih laaaa. Asalkan dia cantik, kaya, bijak, ada rumah besar, keta besar, bole bagi mak rantai Habib Jewels, Bla Bla Bla........

Si anak : Errrrrrrrrrrr....... Fine.


Situasi B: Tindakan

 Girl : U U U.........

Boy : Yaaaaaaaa...

Girl : Selama 3tahun kita couple ni u tak penah pun buktikan cinta u pada i...

Boy : So, u nak i buat apa ?

Girl : U nampak tak pokok kelapa yang tinggi tu ?

Boy : nampak2..

Girl : I nak u panjat and stay selama 30hari kat atas tu.. Ada berani derrrr ?

Boy : Okey.
29 Hari Kemudian......

Girl : U !!!!!! I dah buat macam2 dah nak turunkan u ! Please turun laaa !

Boy : Laaaaaaaa.. U yang nak..

Girl : Fine.. Stay sampai esok !


Situasi C: Cara Pertuturan

Makcik S : Heyyy N, Ko ade bace paper hari ni ?
Makcik N : Ade2 ! Nih3 ! Ade kepatut artis tu pakai kain ketat2 kan ??

Makcik S : Tulaaaaaaahhh.. Nak tunjuk kat sape laa kan.. Dunia2.. Nih2 ! Yang pelakon laki ! Ade ke patut !
Bercinte ngn laki ! Tak senonoh betul !

Makcik N : Yelaaaaa kan ! Ape laa nak jadi dunia sekarang !

Makcik S: Ehhh.. Anak ko gi mane ?

Makcik S : Keluar ngn boyfriend dia.. Almaklum laa budak2 muda...

Makcik N : Ape laaaa nak jadi budak2 sekarang kan ! Hihi..

Makcik S : Errrrrrrrr.. =='



Hahahaha..
Macam ni laaa sikap jujur yang selalu diamalkan orang2 sekarang. Kadang2 kejujuran ni bole buat kita tersengeh dan kadang2 jugak bole menimbulkan kontroversi.. 






Hihi..

Sketsa2 pendek kat atas ni dahh buktikan ada beberapa kejujuran yang kita yang kita tak patut ungkap atau lakukan.
Sebelum kita nak buat satu2 tindakan tu sepatutnya kita berfikir dulu. Mungkin ada yang tak suka dengan kejujuran yang kita cuba tonjolkan. Kadang2 Kejujuran ni bole bertindak sebagai bawang yang bole buat kita menangis bila memotongnya dan kadang2 bole bertindak sebagai pisau yang tajam. Kalau kena memang pedih laaa kan.

Tau kot macam mana nak nilai yang mana baik dan yang mana buruk.
Hihi.


Kbai.

Thursday, 8 December 2011

Wajah & Hati

Assalamualaikum dan Hai..


Aku nak share satu artikel yang aku baru baca tadi.

Dari laman web apa tah. Haha. Terlupa sudaa..


Tajuk  Wajah Yang Cantik Datang Dari Hati Yang Baik






 
Mengapa dia tidak faham rintihan hati aku?” keluh seorang sahabat rapat kepada saya.

“Bukan aku tidak cinta, tetapi tolonglah berhias diri,”tambahnya lagi.

“Mengapa? Teruji sangatkah?”

“Apa tidaknya… di pejabat aku berdepan dengan berbagai-bagai wanita. Semuanya berhias dan berwangi-wangian.”

“Kau menjaga pandangan?”

“Bukan sahaja pandangan tetapi penciuman. Dunia akhir zaman, kau bukan tidak tahu.”

“Ya, Iman kita sering teruji,” balas saya, seakan-akan menumpang keluhannya.

“Yang aku hairan tu, isteri aku ni bukan tidak cantik, cantik. Tapi entahlah, sekarang ni semakin hilang moodnya untuk menjaga diri.”

“Kita dah semakin berusia. Apa lagi yang kita cari dalam hidup ini,” pujuk saya untuk meredakannya.

“Tetapi itu bukan alasan untuk dia tidak menjaga diri. Kita sebagai suami sering diuji, setidak-tidaknya berilah sedikit bantuan untuk kita hadapi ujian itu.”

Saya senyum. ‘Bantuan’ yang dimaksudkannya membawa pelbagai tafsiran.

“Kau yang mesti mulakan dulu, insya-Allah isteri akan mengikut nanti,” cadang saya.

“Ya, aku dah mulakan. Mudah-mudahan dia dapat ‘signal’ tu…”

“Amin.”

Saya termenung memikirkan ’masalah kecil’ yang kekadang boleh mencetuskan masalah besar itu. Sepanjang pergaulan saya telah ramai suami yang saya temui mengeluh tentang sikap isteri yang malas berhias.

“Apa guna, kita dah tua.”

“Alah, awak ni tumpu ibadat lah.”

“Dah tua buat cara tua.”

Itulah antara alasan yang kerap kita dengar daripada para isteri.

Ramai suami yang baik, tidak memilih jalan singkat dan jahat untuk menyelesaikan masalah seperti menyimpan perempuan simpanan, pelacuran dan sebagainya. Ada juga yang ingin mencari jalan baik ( seperti poligami) tetapi tidak berapa berani berdepan dengan isteri. Ada juga yang terus memendam rasa seperti sahabat rapat saya itu.

“Tak berani poligami?” Dia menggeleng kepala.

“Tak ada calon ke?” saya mengusik lagi.

“Ramai…”

Memang saya lihat pada usia awal 40-an dia tambah segak dan bergaya.

“Habis kenapa?”

Dia diam. Saya renung wajah sahabat saya yang begitu akrab sejak dahulu. Dia memang lelaki baik, berakhlak dan begitu rapi menjaga ibadah-ibadah khusus dan sunat.

“Aku sayang isteri aku. Sangat sayang. Aku tidak mahu hatinya terguris atau tercalar. Aku kenal dia. Walaupun mungkin dia tidak memberontak, tetapi kalau aku berpoligami dia pasti terluka.”

“Kau sudah berterus terang dengannya?”

“Tentang apa, tentang poligami?”

“Bukanlah. Tapi tentang sikapnya yang malas berhias dan bersolek tu?”

“Aku takut melukakannya.”

“Tak mengapalah kalau begitu, biar kau terluka, jangan dia terluka,” saya berkata dengan nada sinis.

Dia faham maksud saya.
“Aku sedang mencari jalan berterus-terang,” dia mengaku juga akhirnya.

“Tak payah susah-susah. Katakan padanya dia cantik, tetapi kalau berhias lebih cantik…”

“Lagi?”

“Katakan kepadanya, berhias itu ibadah bagi seorang isteri. Jadi, bila kita yakin berhias itu ibadah, tak kiralah dia telah tua ke atau masih muda, cantik atau buruk, dia kena berhias. Dapat pahala, walaupun tak jadi cantik, atau tak jadi muda semua,” saya senyum.

Kemudian ketawa. Pada masa yang sama saya teringat apa yang dipaparkan oleh media massa bagaimana ‘ayam-ayam’ tua (pelacur-pelacur tua) yang terus cuba menghias diri untuk menarik pelanggan-pelanggan mereka. Mereka ini berhias untuk membuat dosa. Lalu apa salahnya isteri-isteri yang sudah berusia terus berhias bagi menarik hati suami mereka, berhias untuk mendapat pahala? Salahkah?

Mencari kecantikan isteri, bukan isteri yang cantik

“Kita para suami pun banyak juga salahnya,” kata saya.

“Kita tak berhias?”

“Itu satu daripadanya. Tapi ada yang lebih salah daripada itu,” tambah saya lagi.

“Salah bagaimana?”

“Salah kita kerana kita masih mencari isteri yang cantik bukan kecantikan isteri!”

“Dalam makna kata-kata kau tu…”

“Tak juga. Sepatutnya, pada usia-usia begini fokus kita lebih kepada kecantikan isteri. Di mana kecantikan sejati mereka selama ini.”

“Pada aku tak susah. Pada hati mereka. Pada jasa dan budi yang selama ini dicurahkan untuk kita demi membina sebuah keluarga.”

“Ya, jangan tengok pada kulit wajah yang luntur tetapi lihat pada jasa yang ditabur. Bukan pada matanya yang sudah kehilangan sinar, tetapi lihat pada kesetiaan yang tidak pernah pudar. Itulah kecantikan seorang isteri walaupun mungkin dia bukan isteri yang cantik.”

“Kau telah luahkan apa yang sebenarnya aku rasakan. Itulah yang aku maksudkan tadi, aku tak sanggup berpoligami kerana terlalu kasihkannya.”

“Kasih ke kasihan?” saya menguji.

“Kasihan tak bertahan lama. Tetapi aku bertahan bertahun-tahun. Aku kasih, bukan kasihan.”

Tongkat ‘muhasabah diri’ vs tongkat Ali
“Relaks, aku bergurau. Tetapi ada benarnya kalau isteri katakan bahawa kita telah tua.”

“Maksud kau?”

“Bila kita sedar kita telah tua, kita akan lebih serius dan lajukan pecutan hati menuju Allah! Bukan masanya untuk berlalai-lalai lagi.”

” Ya, aku teringat kisah Imam Safie. Ketika usianya mencecah 40 tahun, dia terus memakai tongkat. Ketika muridnya bertanya kenapa? Kau tahu apa jawabnya?”

Saya diam.

“Beliau berkata, aku ingatkan diriku dengan tongkat ini bahawa usiaku sudah di penghujung, bukan masanya lagi untuk berlengah, tetapi untuk menambah pecutan dalam ibadah menuju Allah.”

Saya diam. Terus termenung. Imam Safie, tak silap saya wafat pada usia awal 50-an. Tepat sungguh firasatnya. Insya-Allah, jalannya menuju Allah sentiasa diredhai.

“Kalau kita seserius Imam Safie, insya-Allah, kita boleh hadapi masalah isteri tidak berhias ini. Kita akan cari kecantikannya yang abadi untuk sama-sama memecut jalan menuju Ilahi…” tegas sahabat saya itu.

“Kita tidak akan lagi diganggu-gugat oleh godaan kecantikan dari luar yang menguji Iman. Kita juga tidak akan dikecewakan oleh pudarnya satu kecantikan dari dalam yang mengganggu kesetiaan.”

“Ya, kalau kita baik, isteri pun akan baik. Bila hati baik, kita akan cantik selama-lamanya!”


Yang paling style ayat ni laaa


Mencari kecantikan, bukan isteri yang cantik !
 
Haha.
 
 
 
K bai.

 

Wednesday, 7 December 2011

paeh

Assalamualaikum dan Hai :)
 Alhamdulilah, akhirnya dapat jugak aku siapkan blog yang tak seberapa ni. Acecee.. Aku ka yang create ? Hahahahahaha..
Ribuan terima kasih diucapkan kepada SAHABAT yang telah bertungkuih lumuih tolong aku siapkan natang ni. Mungkin tak sehebat blog-blog hampa. Tapi bagi aku yang ni laa yang mampu aku buat.
Ceceee.. Aku buat ? Hahaha..
Weyyy.. Thanks nahhh ! Hang banyak tolong aku ! Hang memang best laaaaaa !

Mai kita tengok sikit muka dia. Hihi !




Weyy ! Susah laa nak jumpa kawan macam hang !

Makaseh nohhhhh !



K bai :')